Aku dapat PLKN !

Saturday, July 28, 2012


Assalamualaikum semua , apa khabar , sihat ? farah harap semua sihat la di bulan puasa yang mulia ini . Hari ini kenyang sangat sebab tadi pergi berbuka di sebuah restoran nasi ayam di Shah Alam , sedap sangat . Lepas balik dari restoran tu , terus rasa macam nak update something :) update about PLKN . Tak sangka pulak dapat kan sebab ramai cakap hanya orang yang tidak aktif dalam sukan je yang dapat . Farah aktif la jugak , hmm pelik benorrrr . Tapi takpa la, Farah memang nak pergi pun sebab nak sahut seruan kerajaan , terima kasih kepada semua pihak yang telah bersusah payah membina satu program bagi pelajar lepasan SPM. My parents cakap bagus la Farah dapat , dari duduk rumah asyik tidur je . Buat KILANG TAHI MATA !!! HAHAHA ! Hari khamis tu , login twitter , tetiba tengok timeline penuh orang update about PLKN . Apa lagi , Farah pun cepat2 la bukak web khidmat negara tu ! Dalam hati tu , dok DUP DAP DUP DAP . Tengok2 dapat !!! Farah pun apa lagi , melompat la macam beruk . Happy gila la dapat PLKN ni . Kat bawah ni buktinya 

*
*
*





Terpaksa cover NO.I/C tu sebab macam 2 boleh jadi kan  :) Sebenarnya tak sabar nak tahu penempatan pelatih tu . Harap2 tak dapat la Sabah and Sarawak , takut nanti rindu kat parents . Kalau dekat , parents boleh datang jenguk setiap hujung minggu kan . Ramai jugak kawan Farah yang dapat , ada yang happy , ada yang tak .. hahaha !! terima ja la kawan2 ~~ ada yang sampai takut nak check , samapi suruh orang lain yang tengok kan . Aishh , macam2 perangai diorang ni kan . Kalau dapat satu tempat dengan kawan2 yang rapat lagi best . lagi meriah ! Banyak faedah yang Farah boleh dapat kalau pergi PLKN ni contohnya , dapat tambah kenalan , dapat isi masa lapang dari asyik keluar dengan kawan2 , buat aktiviti yang menarik !!

Ya ALLAH , Tak sabarnya nak pergi PLKN ni ! Kau permudahkanlah segala urusan aku ketika aku berada disana kelak . Pertemukanlah aku dengan sahabat2 yang baik, peramah serta memahami aku . Semoga aku berada dalam keadaan sihat walafiat . AMIN 


2 comments:

AA said...

alala. comelnya bakal budak plkn ni. selamat yekkk :)

huahua said...

terbaik la klu dapat pergi..haha.. pape pon nice ur blog.. follow me back.. http://peaceder.blogspot.com/