Pengemuman Kepada Calon PMR 2011 !

Monday, December 19, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 22 Disember 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
...
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Untuk makluman, peperiksaan bertulis PMR 2011 telah berlangsung pada 4, 5, 6, 10 dan 11 Oktober 2011. Seramai 481,292 orang calon telah menduduki PMR pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.



Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Yeay..! Finally ..

Sunday, December 18, 2011


ape yang yeay kan..tetibe je fara ni..actually,fara dah ade lappy sendiri..warna elegance brown..memang elegance habis laa..hahaha..
alhamdullilah..thanks mama n abah..adik sayang both of
you..senang sikit nak buat ape2 kerja kan..bagi fara,laptop pada masa kini bukan
lagi kemahuan..tapi adalah KEPERLUAN..


Perangai Lelaki Yang Tidak Disukai Oleh Si Gadiss

Saturday, October 29, 2011
 
hari ni farah nak share dengan korang semua tentang perangai2 yang tidak disukai oleh kebanyakan gadis...tapi tak tahu la kalau ade yang suke kan..kan2?? tapi fara memang tak suke !! so,for guys out there berhati2 la okayy..
  • meninggikan suara
  • suka mengongkong
  • cemburu buta
  • panas baran
  • ego yang terlalu tinggi
  • suka menipu
  • main kayu tiga (curang)
  • suke cuci mata
  • perasan terlebih
  • mementingkan diri sendiri
  • kurang beri perhatian
  • mata duitan
  • terlalu komited dengan kerjaya
  • pengotor
  • gelojoh
  • pentingkan kawan2 sendiri daripada girlfriend
  • tidak tahu menghargai
  • putar belit
  • terlalu kontrol macho

petua mendapatkan tangan sehalus kulit bayi

Wednesday, August 24, 2011

Fara rasa korang semua patut try ni..kan dah nak raya ni..nanti mesti nak bersalaman
antara satu sama lain kan..mesti malu kalau kita punya tangan kasar..hehe=D

Petua menghaluskan tangan berikut ini,korang lakukan dirumah tanpa menggunakan modal yang banyak.
Bahan-bahan :

- Sebiji buah pisang yang masak.

- Dua sudu makan madu.
- Sebiji perahan buah lemon.
- Satu sudu makan marjerin atau mentega.

Caranya :

1. Campurkan semua bahan, adun hingga bercampur rata.

2. Lumurkan keseluruh tapak tangan.

3. Biarkan selama 15 hingga 30 minit.

4. Sesudah itu bersihkan dengan air sejuk.

Khasiat :
Keampuhan sari buah pisang akan membuatkan tangan menjadi halus dan lembut kerana dengan kandungan potasiumnya  yang mampu menjaga kandungan air dalam kulit.

Ditambah lagi dengan kandungan Vitamin C dari air buah lemon.
Jika rawatan dilakukan dengan berterusan seminggu sekali, kulit tangan korang akan menjadi halus dan lembut tanpa kedut.

tension nak exam..arghhhh!!

Friday, July 22, 2011




minggu depan nak exam...dah la tak study lagi..tapi nasib baik la ujian bulanan je..
bukan big exam..malas la nak study..tapi kena study jugak..study2~..kenape la word tu wujud?? 
tapi walau ape sekalipun
fara kena berikan yang terbaik kat parents fara..you guys tolong doakan fara kay..
wish me luck
=D