petua mendapatkan tangan sehalus kulit bayi

Wednesday, August 24, 2011

Fara rasa korang semua patut try ni..kan dah nak raya ni..nanti mesti nak bersalaman
antara satu sama lain kan..mesti malu kalau kita punya tangan kasar..hehe=D

Petua menghaluskan tangan berikut ini,korang lakukan dirumah tanpa menggunakan modal yang banyak.
Bahan-bahan :

- Sebiji buah pisang yang masak.

- Dua sudu makan madu.
- Sebiji perahan buah lemon.
- Satu sudu makan marjerin atau mentega.

Caranya :

1. Campurkan semua bahan, adun hingga bercampur rata.

2. Lumurkan keseluruh tapak tangan.

3. Biarkan selama 15 hingga 30 minit.

4. Sesudah itu bersihkan dengan air sejuk.

Khasiat :
Keampuhan sari buah pisang akan membuatkan tangan menjadi halus dan lembut kerana dengan kandungan potasiumnya  yang mampu menjaga kandungan air dalam kulit.

Ditambah lagi dengan kandungan Vitamin C dari air buah lemon.
Jika rawatan dilakukan dengan berterusan seminggu sekali, kulit tangan korang akan menjadi halus dan lembut tanpa kedut.

0 comments: