Daily Life

Monday, December 17, 2012
Hai  semua . I'm back for updating my blog . Actually , i miss my blog so much ! dah lama tak update blog . Almost 2 months . Orang cakap kalau dah ada blog , kena la selalu update kan . Jangan biarkan ia bersawang . But i have no idea what i've supposed to update and to be post . Maklumlah , farah tak kreatif . lol ;P TAKDE KENA MENGENA !!
For your information , sekarang ni pun tak tahu nak post apa sebenarnya . HAHA ! Online twitter , then terus bukak blog . Lepas habis SPM , terus rasa happy gila . Tapi lately , macam2 perkara buruk jadi . Perkara yang tidak diingini semua berlaku dekat farah . Tapi apa boleh buat kan , Allah SWT sedang menguji hamba-NYA . Farah cuma mampu berserah dan tawakal . Setiap masalah ada penyelesaiannya kan . Dalam dunia ni takde yang mustahil kan ?! Sekarang ni pulak tengah demam , hmm . Nak buat apa pun tak larat , asyik baring je . Bila difikirkan balik, dah macam panda pun ada ! asyik berguling je kerja . hahaha
Cuti yang agak membosankan sebenarnya kali ni . Tak pergi mana2 pun . Family pun takde plan pergi mana2 . Apa boleh buatkan , masing2 sibuk mencari nafkah untuk family ni . Untuk farah jugak sebenarnya , so i have to accept the fact . Janji family dah cukup bahagia , itu pun dah cukup bagi farah . ALHAMDULILAH ~
Bngun pagi online twitter , tidur lewat pun sebab twitter jugak sebenarnya . Tapi sekarang rasa agak bosan nak on , banyak sangat drama dekat twitter tu . Anak hina bapak la , tak mengaku orang Malaysia la , asal dari planet Matoki la , kes hilang dara la , mengaku mati la . AHH , macam macam la . Sapa yang ada twitter tu mesti tahu kan ? Baru sekejap tadi berlaku lagi drama yang  mengatakan ZIZAN RAJA LAWAK tu meninggal dunia . Aishh , apa nak jadi kan . Tak pasal pasal orang yang masih hidup dipanggil arwah oleh beberapa individu yang tidak beradab . STOP IT LA GUYS . Ini pengakuan dari zizan sendiri


I think I will stop here for this post . Ada masa , ada idea , farah post lagi okay . Salam sayang dari saya ,FARAHZALANI .

SPM IS OVER !!

Thursday, November 29, 2012
Assalamualaikum , hai peeps *waving hands* . Setelah lama tak update blog ni , AKHIRNYA aku kembali . tengok la gambar dekat atas tu . IM FREE !!! bukan maksudnya farah percuma . TAPI dah bebas from high school . Dah tamat belajar di sekolah menengah . Ya Allah , hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ni . Betapa leganyaaaaa ! Penderitaan selama 5 TAHUN belajar dekat SMK Kota Kemuning tu , kini telah berakhir . OMG OMG ! Macam tak percaya pulak . hahahaha 
SPM bermula pada 5 November dan berakhir pada 27 November .Satu tempoh yang agak lama kan ? Tapi for me , pejam celik pejam celik pejam dah berakhir dah pun . Macam tak percaya pulak . Nasib baik ambil pure science , so habis awal .. Kalau ambil account , 6 Disember baru habis . Kesian jugak tengok kawan kawan yang belum habis paper tu . Muram je muka , senyum pun macam tak senyum sangat ! hmm , apa boleh buat kan .. TERIMA je la ia sebagai salah satu cabaran sebagai seorang pelajar .
Paper akhir pada 27 November tu adalah Biology kertas 3 dan berakhir pada pukul 3.30 petang . Habis je jawab paper tu , rasa macam nak lompat macam beruk . Bila fikir balik , aku bukan beruk kan ! HAHAHAHAH . Aipp , perumpamaan je laaa tuu untuk melambangkan farah ni terlalu terlalu happy ..

Walaupun dah habis paper , parents selalu bagi nasihat supaya terus berdoa agar mendapat keputusan yang memberangsangkan . Usaha sudah , kini hanya mampu berdoa kepada Allah SWT . Pada semua yang baca post ni , farah berharap agar awak juga turut mendoakan farah . 


                                                                                                                      with love,
                                                                                                                       FarahdyanaZalani

Eh , dah nak SPM ?

Thursday, October 11, 2012
Assalamualaikum semua . Apa khabar ? pejam celik pejam celik pejam celik dah nak SPM . ada lagi lebih kurang 3 minggu kalau tak silap . Sekejap je masa berlaluuu, farah still ingat masa awal tahun masuk form 5 .hihihi ! so , sekarang ni persiapan mental and fizikal dah cukup kot . Semalam farah and kawan2 pergi library shah alam for study . Best sangat tempat di , dah la besar , sejuk pulak tuu ! kalau sesiapa yg belum pergi tu ,Try la pergi *ayat promote* HAHA ! semalam ajar fadhil and kawan2 dia subjek math . sangat LAWAK okay belajar dgan diorang . dekat sana , i meet my old friend . ramai sangatttttt . so , alhamdulilah la dapat jugak lepas rinduu . makin comel and handsome diorang tuuuu .NGEEEEE ~
Satu geng semua makan nasi ayam + teh ais yang ada dijual dekat cafe bawah tu . kenyang yang teramat sangat . naik je library masing2 tak larat dah . then , tepat pukul 6 , kitorang semua ambil keptusan nak balik sebab takut jalan sesak . Sementara nak tunggu my dad sampai , me and anis yang comel ni pun telah melakukan satu hobi kami iiaitu mengambil gambar !!! hobiiiiii kot ~ okay la , farah stop kat sini dulu eh . kalau ada masa nanti farah post lagi something neww . TATA EBLEBADIII ^___^





                                                                                                                                          WITH LOVE,
                                                                                                                                          farahdyanazalani


Akhirnya ..

Friday, September 07, 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera , dah lama rasanya tak update blog . Kawan2 cakap yang blog ni dah bersawang . Haha ! Okay guys , I dah update ni . Actually , I busy nowadays sebab nak SPM . Sekarang ni minggu trial . Pening kepala nak jawab soalan . Aishh ! tadi jawab paper physics macam nak terbalik dunia ni . Susah yang teramat sangat ! mula la terdetik perasaan kesal sebab amik science stream .
Bulan ni banyak peristiwa bersejarah kot : hari raya , trial SPM and macam2 lagi la . Busy gila dah macam PM pulak . Tak sabar rasanya nak habis SPM . teringin nak buat macam2 , tapi terbatas . Akaun youtube dah ada , tapi satu video pun belum upload . hihi . Nak buat tutorial pasal pemakaian tudung . Mama cakap kalau nak buat tutorial pasal tu , I dah tak boleh nak free hair kat luar . Tak manis kalau orang pandang . I'm trying to be better .So , guys ! please pray for me :) SPM is just around the corner , tapi bagi I bukan dah dekat corner dah ni . dah nak sampai dah pun actually . Banyak lagi benda yang I kena study . So , i got to go . BUBYE .




                                                                                                                                             WITH LOVE ,
                                                                                                                                           farahdyanazalani

Aku dapat PLKN !

Saturday, July 28, 2012


Assalamualaikum semua , apa khabar , sihat ? farah harap semua sihat la di bulan puasa yang mulia ini . Hari ini kenyang sangat sebab tadi pergi berbuka di sebuah restoran nasi ayam di Shah Alam , sedap sangat . Lepas balik dari restoran tu , terus rasa macam nak update something :) update about PLKN . Tak sangka pulak dapat kan sebab ramai cakap hanya orang yang tidak aktif dalam sukan je yang dapat . Farah aktif la jugak , hmm pelik benorrrr . Tapi takpa la, Farah memang nak pergi pun sebab nak sahut seruan kerajaan , terima kasih kepada semua pihak yang telah bersusah payah membina satu program bagi pelajar lepasan SPM. My parents cakap bagus la Farah dapat , dari duduk rumah asyik tidur je . Buat KILANG TAHI MATA !!! HAHAHA ! Hari khamis tu , login twitter , tetiba tengok timeline penuh orang update about PLKN . Apa lagi , Farah pun cepat2 la bukak web khidmat negara tu ! Dalam hati tu , dok DUP DAP DUP DAP . Tengok2 dapat !!! Farah pun apa lagi , melompat la macam beruk . Happy gila la dapat PLKN ni . Kat bawah ni buktinya 

*
*
*





Terpaksa cover NO.I/C tu sebab macam 2 boleh jadi kan  :) Sebenarnya tak sabar nak tahu penempatan pelatih tu . Harap2 tak dapat la Sabah and Sarawak , takut nanti rindu kat parents . Kalau dekat , parents boleh datang jenguk setiap hujung minggu kan . Ramai jugak kawan Farah yang dapat , ada yang happy , ada yang tak .. hahaha !! terima ja la kawan2 ~~ ada yang sampai takut nak check , samapi suruh orang lain yang tengok kan . Aishh , macam2 perangai diorang ni kan . Kalau dapat satu tempat dengan kawan2 yang rapat lagi best . lagi meriah ! Banyak faedah yang Farah boleh dapat kalau pergi PLKN ni contohnya , dapat tambah kenalan , dapat isi masa lapang dari asyik keluar dengan kawan2 , buat aktiviti yang menarik !!

Ya ALLAH , Tak sabarnya nak pergi PLKN ni ! Kau permudahkanlah segala urusan aku ketika aku berada disana kelak . Pertemukanlah aku dengan sahabat2 yang baik, peramah serta memahami aku . Semoga aku berada dalam keadaan sihat walafiat . AMIN 


Fadilat serta niat di bulan ramadan

Wednesday, July 18, 2012

LAFAZ NIAT DI BULAN RAMADAN
Lafaz niat untuk sebulan :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala






Lafaz niat untuk harian :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala 






Lafaz doa ketika hendak berbuka :
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



Lafaz doa selepas berbuka puasa :
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

*****************************************************************************************


FADILAT BULAN RAMADAN
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :




      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
                                                                                                                                                 sincerely ,
                                                                                                                                           farahdyanazalani

puasa :)

Tuesday, July 17, 2012
hello guys , dah lama rasanya tak update anything about my life kan  ?
 wlaupun ramai yang tak nak ambil kisah , but I still want to tell and share here with all of you  ..because this is my own blog :)
 i am happy with my life right now although i have gone through a lot of problems nowadays . maklumlah nak SPM kan .. Sometimes rasa stress pun ada jugak ! tpi bila fikir balik, SPM je pun kan ..there is nothing to worry about .. bersyukur sangat bila ada banyak kawan and parents yang memahami :) thanks guys !
bila cakap pasal puasa , rasa tak sabar pulak kan .. tinggal lagi beberapa hari je kan ..harap2 dapat berpuasa penuh pada tahun ini ..


"YA ALLAH , KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN HAMBA MU INI PADA BULAN PUASA YANG AKAN TIBA TIDAK LAMA LAGI INI "


                                                                                                                                              with love ,
                                                                                                                                            farahdyanazalani